BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 18, 2009

Ku Mohon Rezeki Ramadhan


Sempena bulan Puasa yang Mulia ni.. Aku mengambil kesempatan untuk mencari rezeki. So aku aku keputusan untuk berniaga dipasar Ramadhan. Fikir punya fikir, akhirnya aku amik keputusan untuk berniaga di Pasar Juadah Ramadhan di Tasek Kesuma.. Faktor2 yang diambilkira seperti kepadatan penduduk dan ada 2 kolej kat situ..jadi aku pilih Tasek Kesuma Beranang.. Dekat dah ngan Kantin aku.. Senang..

Menu yang Menjadi pilihan aku ialah Nasi Ayam Madu, Nasi Goreng Ayam Madu dan Minuman.. Aku amik 2 tapak.. Tapak 144 dan tapak 107 ....Semoga rezeki aku kt situ.. InsyaAllah..

Menu:

Nasi Ayam Madu : RM 3.50
Nasi Goreng Ayam MAdu : RM 3.50
Nasi Goreng Ayam Rempah : RM 3.50 (masih difikirkan)
Air Soya : RM 2.00
Air Bandung Jely Jely : RM 2.00
Air Cincau Jely Jely : Rm 2.00
Air Cendol Acido : Rm 2.00
Sirap Selasih : RM 2.00

So, kepada kawan2, Sahabat, My fren, My My My... Kiranya Sudi..Dijemput hadir menikmati Juadah juadah yang menyelerakan bagi berbuka Puasa..

Makluman semua : Dengan Nama Allah S.W.T, Sy Berniat Bahawa 10 % dari hasil keuntungan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini akan di Dermakan ke Tabung Surau Taman Seraya, Ampang...
Lawati blog
http://surautamansaraya.blogspot.com


Amin Ya Rabbal Alamin... Semoga Di Bulan Ramadhan yang mulia ini menjadi peluang kita untuk lebih Beribadah...InsyaAllah

2 comments:

Ada Untukmu said...

Semoga rezeki awk sentiasa murah sepanjang bulan Ramadhan ni. Yg penting ikhlas & niat baik. Sy sentiasa sokong awk

Acid Ramli said...

Terima Kasih kasih