BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 28, 2009

Tunggu dan lihat

salam..

lame tak update blog aku ni.. byk hal.. maybe sbb aku pun dah jarang bukak kot..

erm.. aper nak citer ek..

oh ya... Sabtu ni , InsyaAllah aku akan bertunang.. harap semua perancangan berjalan dgn lancar.. tggl beberapa kerja je nk setle..

Seprti yg aku pernah post sebelum ni.. aku akan buat.. tah kdg2 perangai aku ni.. aku tak suka org arah2 aku.. nk nasihat aku boleh.. tp jgn byk kali..aku bosan.. at last aku malas.. hehe.. bukan aper biar aku buat dgn sepenuh hati aku sendiri.. bukan sebab org lain.. klu utk org lain pun, drg hargai ke? ,mungkin ye, mungkin tidak..

Last week aku kuar ngan member2.. masa aku kuar tu.. aku ckp ngan drg.. maybe ni last aku kuar lepak2 mcm ni.. pasni aku nak duk umah jer. sekali sekali tu boleh la..tp kejap jer kot.. aku kene gak buat.. aku perlu berubah.. keluarga aku perlukan aku.. teman hidupku perlukan aku.. jd aku tak perlu main2 lg.. aku kene serius.. maaf ye kawan2.. mungkin lepas ni korang akan kata aku sombong sbb taknak kuar ngan korang ke ape..harap korang faham...awak pun..

Kadang2 keegoan lelaki ni tinggi.. mcm tu gak aku.. rasa mcm marah sgt bila org lain yang tak berkenaan masuk campur hal hidup aku.. sbb aku rasa aku tahu apa aku buat.. aku tahu baik buruk sesuatu yang aku buat tu.. cuma tu kdg2..aku tahu perkara yang aku buat tu akan mendtgkan mudarat kat aku.. tp sengaja carik pasal.. kt sini lah yg aku perlu UBAH..fikir baik buruk..klu buruk takyah buat!!!

Ada seorang sahabat aku menasihatkan aku.. bile dh bertunang ni, banyakkan bersabar.. berat ujian ujian akan datang.. erm.. sebenarnya klu nk tahu.. belum bertunang ni pun, dh mcm ujian dtg.. Orang nak berkenalan la.. org nk offer tu.. Orang tak bayar payment aku la.. Orang mintak payment la.. Macam2..Alhamdullilah.. dapat aku tepis..

Lg ada sahabat nasihat.. dlm sesuatu perhubungan tu apa pun terjadi.. perlu ada "Komunikasi"...Ya.. memang benar.. Memang selama ni pun aku cuba mempraktikkan.. tak kra dlm apa jua perhubungan.. hubungan anak dan ayah.. dengan kekasih.. teman sekerja.. dgn pekerja.. perlu ada Komunikasi.. sebab bila tiada komunikasi maka tiada penyelesaian.. senag citer.. mcmana nak tahu masalah bila kita tak tahu apa punca yang sebanarnya.. dan mcmana nak bincang penyelasaiannya..

renung renungkan dan selamat beramal...

nanti sambung.. ada suplier nak jumpa plak...

Assalamualaikum....

Amin.

Wednesday, October 21, 2009

Ubat hati

Motivasi Iman 2 - Ubat hati
Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.

Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.

1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah

2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan

3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal

4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.

5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran

6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.

7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.

Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...

Sumber : http://www.ustazamin.com/

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM (Mencari ketenangan)

HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :

Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Thursday, October 15, 2009

My Own Research bout Ron 95 and Ron 97 Malaysia

Memang dah lama aku nak buat.. Lain mcm jer aku rasa ngan minyak petrol 95 ni..
Unleaded Ron 95.. Tapi aku tgk kaler dia ttp warna merah.. Ada org kate kat aku drg nak lakukan stok minyak merah yang berlambak tu sbb kebanyakan kenderaan sekarang pakai Ron 97.. Jadi sejak seminggu lepas aku wat ujikaji sendiri...

Kenderaan : Toyota Avanza 1.3 Auto

Kapasiti Petrol Rm 40

Ujian : Kilometer

1) 11 Oktober 2009..aku Isi Rm40 petrol Ron95.Shell. dapat 22.22 liter.. Aku teruskan perjalanan seharian... Sampai abis minyak...Aku dpt jalan 195 kilometer

2)12 Oktober 2009..aku Isi Rm40 Petrol Ron95.shell.dapat 22.22 liter.. Teruskan perjalanan.. kali ni aku speeding dan aku tido sejam dlm kete sambil enjin hidup... Sampai abis minyak..Aku dpt jalan sejauh 168kilometer.

3) 13 Oktober 2009.. Aku isi Rm40 Petrol Ron97.shell.Dapat 19.52 liter..Teruskan perjalanan seharian..Sampai Abis minyak.. Aku dapat jalan 210 kilometer

4) 14 Oktober 2009.. Aku isi Rm40 Petrol Ron97.shell. Dapat 19.52 liter.. Teruskan pejalanan ..Speeding n rembat kaw kaw... Sampai abis minyak.. Aku dapat jalan 183 kilometer...

So.. apa yang kita nak tahu.. tu yang kiter tgh pikir tuh!! huh..

Bagi akulah.. pendapat aku.. Ron97 Lebih menjimatkan..walaupun agak mahal harganya seliter. tapi pembakarannya lebih cantik dan menjimatkan.. dari dulu lg aku dah tahu..bile aku pakai minyak merah..minyak lagi kuat pakai.. minyak ijau save..
Tak taula korangkan? Mahal sikit takpe.. Janji lebih kilometer

Ron95 (rm40=22.22liter)
11 okt 2009: Rm40= 195kilometer
12 okt 2009: Rm40= 168kilometer(rembat n tido)

Ron97 (Rm40=19.52liter)
13 okt 2009: Rm40= 210 kilometer
14 okt 2009: Rm40= 183kilometer(rembat kaw kaw)

So Lu pikir la sendiri...

Amin

Thursday, October 8, 2009

Good News

Salam,

Pagi ni mood aku agak tak best.. bukan sbb aku gaduh ngan gf aku ke ape.. ada perkara yg membuat aku runsing...
Apakah ? Mengapakah? Bagaimanakah? Dapatkah?

Sampai jer kantin aku, aku nampak Puan Venny tgh pilih lauk.. Aku pun tegur dia...

Acid : "Morninggg!!"

Pn Venny : Hye! Morning..Hey I'm heard a good news bout u"

Aku ngan muka pelik bertanya balik pd dia

Acid : "What news puan?"

Pn Venny : "Bout your Enggangement.."

Acid : "Wow.. So fast ha" tersenyum aku.cepat tul berita tersebar...

Pn Venny : "What date?"

Acid : "On planning Puan.. 31st Okt"

Pn Venny : "Wahh..This month?"

Acid : "Yahh"

Pn Venny : "Conratulations.. Dont wait lama lama tau along..Kahwin cpt cpt "

Acid : "hehehe...Thanks puan, Pray for me"

Hahahahahahaha.....Ktrg gelak n senyum sama2..Aku pun senyum n senyum..

Tapi ada sesuatu yang mengganggu keseronokan aku itu.. aku terdiam n aku kembali menyepikan diri..
Ya Allah..Kuatkankan diriku dlm menghadapi ketentuan takdirmu dan tnujukkanlah aku jalan yang diredhai Mu agar dpt aku menunaikan tanggungjawabku pada keluarga dan meneruskan perancangan kebahagian hidupku..Amin

Thursday, October 1, 2009



Temani.. Temani aku
Temani.. Temani aku
Bila nanti kau milikku
Bila nanti aku milikmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Mencintaimu kurasakan begitu indah
Kasih sayangmu kurasakan sungguh sempurna
Ku bahagia bila ragamu di sampingku
Ku merasa tenang bila tanganmu memelukku

Temani.. Temani aku
Temani.. Temani aku

Menyayangimu kulakukan setulus hatiku
Mengagumi membuatku merasa tenang
Ku bahagia bila ragamu di sampingku
Ku merasa tenang bila tanganmu memelukku

Bila nanti kau milikku
Temani aku saat aku menangis
Bila nanti aku milikmu
Temani aku hingga tutup usiaku

Ku bahagia bila ragamu di sampingku
Ku merasa tenang bila tanganmu memelukku

Bila nanti kau milikku
Temani aku saat aku menangis
Bila nanti aku milikmu
Temani aku hingga tutup usiaku

Bila nanti kau milikku
Temani aku saat aku menangis
Dan Bila nanti aku milikmu
Temani aku hingga tutup usiaku

Temani.. Temani aku
Temani.. Temani aku

Bila nanti kau milikku
Bila nanti aku milikmu

Kenapa Aku

Arini aku termenung, mengeluh, kepenatan

Diri Aku

- Tersenyum
- Bekerja
- Melayan
-

Hati dan perasaan aku

- Tak tenang
- Sedih
- Gembira
-

Dalam Kepala

- Fikir, fikir fikir
- Ingat mcm2
-

hakikatnya.. apa yg org nampak.. org tak tahu ape dlm diri aku..
Ya Allah..Berikan aku kekuatan agar dpt aku menghadapi ujian2 mu...

Amin :-(