BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 16, 2009

Hari Tanpa Berbelanja

Kempen Hari Tanpa Belanja telah diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Ted Dave, pengasas Adbuster, sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membendung komersialisasi dan bertujuan melawan budaya konsumerisme, selain memberi kesedaran kepada pengguna agar peka dalam berbelanja dan peka terhadap produk-produk yang dibeli oleh mereka. Pada hari tersebut, pengguna tidak akan melakukan transaksi jual-beli selama 24 jam. Hari Tanpa Belanja ini telah dirayakan secara antarabangsa di lebih dari 30 buah negara seluruh dunia.

Hari Tanpa Berbelanja ini sangat bertepatan dengan situasi yang melanda kini. Ditambahkan pula dengan saranan kerajaan yang menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan menukar gaya hidup, kempen ini benar-benar kena pada masanya. Untuk menjadi pengguna yang bijak bukanlah suatu perkara yang rumit. Apa yang penting, persoalan-persoalan utama ini perlu diambil kira:

  1. Adakah saya benar-benar memerlukannya?
  2. Berapa banyak yang saya miliki?
  3. Berapa kerap saya menggunakannya?
  4. Berapa lama ia akan bertahan?
  5. Adakah lebih baik saya meminjamnya sahaja?
  6. Adakah saya boleh bertahan tanpanya?
  7. Adakah lebih baik saya melakukannya sendiri?
  8. Adakah ia masih lagi boleh diperbaiki?
  9. Adakah ia berkualiti?
  10. Bagaimanakah dengan harganya? Adakah berbaloi memilikinya?

Langkah ini bukan sahaja dapat meredakan desakan perbelanjaan harian, tetapi juga mampu melatih pengguna berjimat cermat. Hari Tanpa Belanja tidak akan dapat mengubah gaya hidup masyarakat dalam sehari. Tetapi ia merupakan suatu langkah permulaan dalam melakukan anjakan paradigma dan perubahan gaya hidup.

0 comments: